Wednesday 28 September 2011

Kem Pembelajaran Strategik (KRK) Daerah Batang Padang.

Assalamualaikum.

Pada pagi ini , pada tanggal 28.9.2011 , telah pun diadakan Kem Pembelajaran Strategikbagi tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas (KRK) Daerah Batang Padang. Matlamat kem ini ialah memperkasakan Kelas Rancangan Khas selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menggalakkan pelajar meningkatkan usaha untuk mencipta kecemerlangan dan bersaing secara sihat. 

Objektifnya pula ialah :
  1. Menjadikan Sekolah Kelas Rancangan Khas sebagai pusat kecemerlangan pendidikan .
  2.  Memberi pengiktirafan kepasa pengurus sekolah KRK terbaik.
  3. Memberi pengiktirafan kepada Guru Penyelaras KRK yang menunjukkan prestasi yang terbaik
  4. Memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar KRK yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan dan sahsiah terpuji.
Kem ini telah dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 1RK dari 3 tiga sekolah KRK di Daerah Batang Padang ini . Terdapat 4 slot yang diselitkan dalam kem ini termasuklah Kemahiran Mendengar & Mengingat oleh Pn Nohayati bt Zakaria - Kaunselor SMK Bandar Behrang 2020 bagi slot pertama . Untuk slot kedua , Kemahiran Membaca oleh Pn Nor Azian bt Mohamed Bukhari dari sekolah kami sendiri manakala bagi slot ketiga dan keempat ialah Kemahiran Membuat Nota dan Ceramah Motivasi oleh Pn Hajah Maimon bt Haji Siraj - kaunselor SMK Agama Slim River.














Teruskan mengikuti aktiviti terkini UBK SMK Slim . sekian ;)

1 comment: