Saturday 10 September 2011

Cer Citer .. Cer Citer

     Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia :)
Entri kali ni kami akan hiburkan anda dengan cerita pendek .Cerita ni tidaklah terlalu menarik seperti cerita cinta tetapi seperti yang kita tahu ,  banyak pengajaran yang boleh kita dapati dalam cerita ini . Baiklah , renung-renungkan dan selamat membaca !

KAMBING DAN TELAGA BUTA

   Ada seekor kambing yang terjatuh kedalam sebuah perigi buta . Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu-lalang . Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu . Perbincangan mengambil masa berhari-hari . Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut . Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan adaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing . 
   Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu . Sudah jatuh ditimpa tangga ,
begitulah nasib si kambing . Bukan sekadar terjatuh kedalam perigi buta , malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung pasti tamat riwayat si kambing . Namun kambing tersebut tidak berputus asa . Setiap kali tanah dan pasir dituang kedalam perigi , kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada barkumpul diatas belakang  badannya . 
   Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing , sebaliknya dia makin bersemangat . Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari pergi tersebut . Akhirnya , si kambing terselamat . Dia melompat keluar dengan girang .

Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud : "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan "   (Surah al-Inshirah 94: 5-6)

No comments:

Post a Comment