Thursday 22 September 2011

gagal ???

                                                 Assalammualaikum :)

DIRI KITA UMPAMA UNCANG TEH 
KITA TIDAK AKAN TAHU AKAN KEKUATAN DIRI KITA
SEHINGGALAH KITA BERADA DI DALAM AIR PANAS ...



GAGAL ??? Pasti kita  sering menghadapi perasaan ini . Gagal dalam periksa sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar . Harus lah kita ingat bahawa sebanyak mana kegagalan yang kita tempuhi ingatlah , KEJAYAAN PASTI DATANG JIKA KITA BERUSAHA . 

SAYA DAPATI  , SAYA SELALU MEMPUNYAI PILIHAN DAN KADANG-KADANG , IA CUMA PILIHAN TERHADAP SIKAP .

Betul tak ? Sikap memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang insan . Tanpa disiplin diri yang tinggi , sudah pasti kita mustahil mahu membentuk peribadi yang mulia . Sikap yang berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan pasti membolehkan kita mencapai sesuatu yang terindah dalam kehidupan . Setiap pelajar pasti mempunyai impian mahu berjaya dalam pelajaran dan disayangi guru . Perlu diingatkan juga , restu guru amat penting jika kita mahu menempa kejayaan . 


Kegagalan yang ditempuhi bukan lah titik kejatuhan kita tetapi ianya ialah permulaan untuk kita bangkit dan terus berjaya. Pemikiran yang besar mendahului pencapaian yang besar . Kita harus mempunyai matlamat hidup atau aim untuk kita menentukan hala tuju hidup kita . Matlamat itu harus lah diingati dan seboleh-boleh nya dicapai oleh kita dalam hidup . Akhir sekali , hapus kan pemikiran tidak boleh anda  . Sikao tidak yakin kepada diri sendiri ini merupakan racun di dalam diri kita . Sedikit sebanyal perasaan ini boleh menghapuskan semangat ingin berjaya dalam diri dan seterusnya kejayaan itu hanya terkubur bersama impian .

Saya tidak mampu mengubah arah angin , tetapi saya mampu memperbetulkan layar untuk sentiasa sampai ke destinasi saya :)

Sekian saja dari kami , selamat maju jaya kawan-kawan !


No comments:

Post a Comment