Wednesday 7 September 2011

TIP POKET JAYA DIRI NO. 1

Terjemahan : untuk menjadi hebat, beri tumpuan. Sesetengah orang berminat untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti harian. Mereka berhasrat untuk memajukan perniagaan, mahu meningkatkan kesihatan dan taraf hidup, berusaha untuk menjadi orang yang disegani dan dihormati, berhasrat untuk menjadi ketua, ingin menjadi anggota persidangan antarabangsa, dan juga inginkan kecemerlangan dalam hidup.
Tetapi dalam setiap bidang yang diceburinya, dia tidak bersungguh – sunggauh dan berusaha ibarat “melepaskan batok di tangga” sahaja. Jadi besar kemungkinan dalam setiap bidang yang diceburinya itu, akan menghadapi kegagalan. Kenapa ini berlaku? Jawapannya kerana orang berkenaan mengeluarkan tenaganya pada banyak perkara. Dia tidak memberi tumpuan yang khusus pada satu atau dua bidang tertentu.

Tanpa tumpuan yang mendalam ke atas sesuatu perkara, kejayaan tidak mungkin dapat diperolehi

No comments:

Post a Comment