Wednesday 28 September 2011

Doa Mudah Menghadapi Peperiksaan


Berdoalah setelah anda telah berusaha bersungguh-sungguh.
kemudian , barulah bertawakkal .
sentiasa mendekatkan diri dengan-NYA
sesungguhnya , keredhaan ALLAH itu penting.
Semoga kita berjayadunia akhirat hendaknya , amin.......

Kemahiran mengawal emosi :)

  *Assalammualaikum :)

Emosi , pasti setiap org mempunyai emosi .

Kita tidak perlu sedih kalau orang lain tidak mengetahui pengetahuan kita tetapi harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain .

Jatuh dan gagal yang pertama bukanlah kegagalan tetapi kegagalan ialah jatuh kerana sebab yang sama di tempat yang sama .


KAEDAH MENGAWAL DIRI :)

: Selalu berfikiran positif dan logik
:Sentiasa menenangkan fikiran
:Selalu memberikan senyuman kepada orang lain
:Selalu membaca kata-kata motivasi
:Sentiasa memaafkan orang lain
:Sentiasa berdoa
:Selalu bersenam
:Rehat yang cukup
:Elakkan daripada tekanan

Apabila kita mengamalkan kaedah-kaedah ini , sedikit sebanyak kita dapat mengawal emosi kita . Dengan itu , kita dapat menguruskan masalah sengan baik. Mengurus emosi juga melatih kita mematangkan fikiran kita .Dan akhir sekali ia mendidik kita supaya lebih bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri :)

Jadilah insan yang berguna kerana insan yang dilahirkan didunia ialah khalifah untuk membimbing dunia  . Selamat petang :)

Kem Pembelajaran Strategik (KRK) Daerah Batang Padang.

Assalamualaikum.

Pada pagi ini , pada tanggal 28.9.2011 , telah pun diadakan Kem Pembelajaran Strategikbagi tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas (KRK) Daerah Batang Padang. Matlamat kem ini ialah memperkasakan Kelas Rancangan Khas selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menggalakkan pelajar meningkatkan usaha untuk mencipta kecemerlangan dan bersaing secara sihat. 

Objektifnya pula ialah :
  1. Menjadikan Sekolah Kelas Rancangan Khas sebagai pusat kecemerlangan pendidikan .
  2.  Memberi pengiktirafan kepasa pengurus sekolah KRK terbaik.
  3. Memberi pengiktirafan kepada Guru Penyelaras KRK yang menunjukkan prestasi yang terbaik
  4. Memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar KRK yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan dan sahsiah terpuji.
Kem ini telah dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 1RK dari 3 tiga sekolah KRK di Daerah Batang Padang ini . Terdapat 4 slot yang diselitkan dalam kem ini termasuklah Kemahiran Mendengar & Mengingat oleh Pn Nohayati bt Zakaria - Kaunselor SMK Bandar Behrang 2020 bagi slot pertama . Untuk slot kedua , Kemahiran Membaca oleh Pn Nor Azian bt Mohamed Bukhari dari sekolah kami sendiri manakala bagi slot ketiga dan keempat ialah Kemahiran Membuat Nota dan Ceramah Motivasi oleh Pn Hajah Maimon bt Haji Siraj - kaunselor SMK Agama Slim River.














Teruskan mengikuti aktiviti terkini UBK SMK Slim . sekian ;)

Rahsia Cemerlang SPM - Nur Amalina


*diambil dari Youtube.

Thursday 22 September 2011

belajarlah sayang

                                                            *Assalammualaikum

Kali ini , pihak unit peperiksan Smk Slim telah mengadakan satu lagi program sebagai persediaan para pelajar tingkatan 3 untuk menghadapi PMR yang tinggal beberapa hari saja lagi . Debaran peperiksaan semakin terasa hangatnya , semakin hari semakin giat para guru berjuang untuk memantapkan  lagi usaha anak-anak didik . Malah para pelajar juga semakin giat berusaha untuk mencapai kejayaan .

Program belajarlah sayang ini tidak melibatkan semua pelajar tetapi dibahagikan dalam dua kategori iaitu MISS A dan juga BELAJARLAH SAYANG . Berbeza dengan program kepung yang hanya tertumpu kepada subjek-subjek tertentu , program Belajarlah Sayang ini terdiri daripada semua subjek yang termasuk dalam peperiksaan PMR . Program ini lebih santai kerana para pelajar diberi latihan dan dibantu oleh para guru untuk menyelesaikannya , ini sperti kelas persediaan juga lah . Santai dan tidak memenatkan :)















gagal ???

                                                 Assalammualaikum :)

DIRI KITA UMPAMA UNCANG TEH 
KITA TIDAK AKAN TAHU AKAN KEKUATAN DIRI KITA
SEHINGGALAH KITA BERADA DI DALAM AIR PANAS ...



GAGAL ??? Pasti kita  sering menghadapi perasaan ini . Gagal dalam periksa sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang pelajar . Harus lah kita ingat bahawa sebanyak mana kegagalan yang kita tempuhi ingatlah , KEJAYAAN PASTI DATANG JIKA KITA BERUSAHA . 

SAYA DAPATI  , SAYA SELALU MEMPUNYAI PILIHAN DAN KADANG-KADANG , IA CUMA PILIHAN TERHADAP SIKAP .

Betul tak ? Sikap memainkan peranan penting dalam kejayaan seseorang insan . Tanpa disiplin diri yang tinggi , sudah pasti kita mustahil mahu membentuk peribadi yang mulia . Sikap yang berdisiplin dan mementingkan kesempurnaan pasti membolehkan kita mencapai sesuatu yang terindah dalam kehidupan . Setiap pelajar pasti mempunyai impian mahu berjaya dalam pelajaran dan disayangi guru . Perlu diingatkan juga , restu guru amat penting jika kita mahu menempa kejayaan . 


Kegagalan yang ditempuhi bukan lah titik kejatuhan kita tetapi ianya ialah permulaan untuk kita bangkit dan terus berjaya. Pemikiran yang besar mendahului pencapaian yang besar . Kita harus mempunyai matlamat hidup atau aim untuk kita menentukan hala tuju hidup kita . Matlamat itu harus lah diingati dan seboleh-boleh nya dicapai oleh kita dalam hidup . Akhir sekali , hapus kan pemikiran tidak boleh anda  . Sikao tidak yakin kepada diri sendiri ini merupakan racun di dalam diri kita . Sedikit sebanyal perasaan ini boleh menghapuskan semangat ingin berjaya dalam diri dan seterusnya kejayaan itu hanya terkubur bersama impian .

Saya tidak mampu mengubah arah angin , tetapi saya mampu memperbetulkan layar untuk sentiasa sampai ke destinasi saya :)

Sekian saja dari kami , selamat maju jaya kawan-kawan !


Tuesday 20 September 2011

Sambutan MAJLIS MERDEKARAYA ASRAMA SMK Slim 2011

                                                            Assalammualaikum ,
Sejak kebelakangan ini , banyak aktiviti yang dilakukan oleh pihak pentadbir Smk Slim . Tidak dilupakan , MAJLIS MERDEKARAYA anjuran pihak asrama . Majlis ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga sambutan Hari Kemerdekaan negara kita . Objektif majlis ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sesama pelajar , mencungkil bakat murid dan juga memupuk semangat kemerdekaan di dalam jiwa para pelajar .

Sebagai penyeri majlis , kami turut mempersembahkan beberapa persembahan daripada pelajar . Di samping itu , diadakan juga pertandingan Dorm tercantik , Guru Glamor dan juga Pelajar Aspura Aspuri Glamor . Makanan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya . Pihak Dewan Makan Asrama telah menyediakan ayam goreng berempah, sayur paprik , rendang ayam , rendang daging , lemang dan juga nisi himpit . Menu yang disediakan memang menaikkan selera kami semua.Okay lah , ini sahaja tatapan dari kami .






















sukan rakyat Smk Slim

ASSALAMMUALIKUM :)




                                                        

Sukan sukan sukan ! Kebiasaannya , apabila disebut tentang sukan , sudah pastilah tergambar di kotak fikiran kita tentang lari pecut,lari berhalangan,lompat tinggi,lompat kijang dan sebagainya. Apabila acap kali permainan seperti ini diadakan , sudah pasti kita merasa sedikit bosan . Tetapi , apabila diadakan kelainan dalam sesuatu acara ,pasti kita semua teruja untuk menyertainya.

             Buat kali ini , SMK Slim telah mengadakan sukan rakyat pada 15-09-11 yang lalu . Pelbagai acara yang telah diadakan .Antaranya ialah lari dalam guni , berjalan menggunakan terompah , tarik guni dan acara yang dinanti-nanti ialah acara tarik tali .






Akhirnya , pada pukul 10.45 pagi , berakhirlah sudah acara pada hari sukan rakyat ini . Semua murid pulang ke kelas dah memulakan P&P seperti biasa sesudah rehat . Itulah sikap pelajar SMK Slim yang patut kita contohi . Walaupun sepenat dan sesibuk mana , pelajaran tetap tidak dilupakan .