Ibu Bapa

PETUA 1 : MEMANTAU TUGASAN SEKOLAH DAN LATIH TUBI ANAK SETIAP HARI

Pentingnya latihan terhadap penguasaan pembelajaran anak.
  1. Latihan adalah amat penting untuk setiap pelajar bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topik atau bab.
  2. Anak perlu menjawab soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas bagi menimba pengalaman dan keupayaan diri.
  3. Anak juga perlu banyak membuat latihan tubi mengikut topik bagi setiap matapelajaran.
  4. Membuat latihan adalah satu kaedah belajar yang berkesan dan ibu bapa boleh membantu menyemak latihan anak bagi soalan objektif.
Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu? 

  1. Memperuntukkan 10 minit untuk seorang anak setiap hari bagi memantau perkembangan akademik, menyemak buku latihan dan memberi kata-kata perangsang untuk anak.
  2. Membeli buku katih tubi yang pelbagai dan set soalan peperiksaan sebenarnya tahun-tahun lepas (untuk format yang sama).
  3. Menyemak tugasan sekolah yang diberikan oleh guru dan memastikan anak berjaya menyiapkannya. Juga menyemak tugasan yang telah dikembalikan oleh guru.
  4. Menggalakkan anak membuat latihan tambahan setiap hari dan ibu bapa boleh membantu menanda latihan anak-anak bagi soalan objektif. Mohon guru menyemak soalan-soalan bukan objektif.
  5. Beri pujian atas tugasan dan latihan yang telah disempurnakan oleh anak.
PETUA 2 : BEKERJASAMA DENGAN GURU DAN SEKOLAH.

Bekerjasama dengan guru dan sekolah.

  1. Guru adalah sumber terpenting dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran peperiksaan.
  2. Banyak maklumat tentang pencapaian anak dan tingkah laku anak di sekolah yang tidak diketahui ibubapa tetapi diketahui oleh guru dan pihak sekolah.
  3. Anak-anak tidak rajin bertanya guru dan memanfaatkan guru sepenuhnya untuk menguasai sesuatu pelajaran.
  4. Ibu bapa dan guru adalah pihak yang sama-sama bertanggungjawab membantu kejayaan cemerlang anak dalam peperiksaan penting mereka.
Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu?

  1. Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak untuk menngetahui berkaitan pencapaian pembelajaran anak di sekolah.
  2. Berjumpa dengan kaunselor secara berjadual (2-3 kali setahun) untuk meminta nasihat tentang kemajuan anak
  3. Mengikuti aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  4. Memberi sokongan terhadap program sekolah seperti program motivasi, kelas tambahan dan sebagainya dengan memastikan anak menyertainya.
  5. Memberi dorongan kepada anak agar rajin bertanya guru.

PETUA 3 : MEWUJUDKAN BUDAYA ILMU DI RUMAH 

Mewujudkan budaya ilmu di rumah dengan cara membaca , menonton dan melakukan perkara-perkara yang memberi ilmu sebagai amalan harian di rumah dan di tempat-tempat lain . 


MEMBACA


*Menjadikan amalan membaca sebagai tabiat seisi rumah .
*Membaca adalah tuntutan asas dalam kita mencari ilmu dan mendapat seberapa banyak  
  maklumat .
*Membaca bahan ilmiah,maklumat dan bahan yang dapat meningkatkan motivasi dan ilmu  
  pengetahuan dapat mengembangkan intelek pelajar .
*Selain membaca , kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menonton dan mendengar .
*Budaya membaca kanak-kanak bermula dari rumah .




Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu ?


1- Ibu Bapa perlu menunjukkan contoh yeladan yang baik dengan membaca dihadapan anak dan 
    bersama-sama anak .
2-Membeli bahan bacaan ringan yang bermaklumat dan ilmiah , kaset-kaset motivasi , cakera 
   padat yang memberi pengetahuan . Menggalakkan anak-anak membeli bahan bacaan sendiri .
3- Menyediakan sudut bacaan atau mini perpustakaan di rumah serta suasana yang merangsang
    budaya ilmu .
4-Bercerita , berbual dan minta pendapat anak berkaitan pelajaran , isu semasa dan berkaitan ilmu
   bagi melatih anak menyintai ilmu .


PETUA 4 -MEMBENTUK KESOLEHA DIRI ANAK


*Menuntut ilmu 
Belajar dari guru yang berkelayakan dan menghadiri majlis ilmu .


*Beramal
Solat 5 waktu di awal waktu (berdisiplin)
Membaca Al-Quran setiap hari dan menghafal (cahaya Ilahi )
Berzikir di waktu yang lapang (Ketenangan hati-jiwa )
Berpuasa sunat 2 hari sebulan 
Berdoa dan berhajat kepada Allah


-Pelajar perlu menjadi insan yang mampu menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi agar mnjadi insan cemerlang-


Bagaimana ibu bapa boleh membantu ?


1- Memperlakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama anak-anak dan memastikan anak-anak solat 5 waktu 
2- Mendidik dan membimbing anak untuk menghayati ilmu agama dan memiliki jiwa yang kental serta daya juang yang tinggi 
4- Memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran , zikir munajat dan nasyid melalui cakera-cakera padar atau permainan muzik .




PETUA 5 - KASIH SAYANG DAN MOTIVASI


*Anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa mereka bagi mewujudkan tenang di dalam diri .
*Jiwa yang harmoni dan tenang dapat menajamkan tumpuan anak semasa belajar
*Anak tidak suka ibu bapa mereka berkelahi , berkonflik di hadapan mereka dan ia berkemungkinan menganggu ketenangan emosi dan jiwa .
*Tekanan membuatkan anak-anak berasa bosan belajar ketika di rumah .
*Motivasi dari ibu bapa adalah penting bagi ketahanan jiwa anak-anak .




Bagaimana ibu bapa dapat membantu ?


1- Ibu bapa perlu TUNJUKKAN kasih sayang dan anak-anak mesti boleh memilikinya 
2- Berikan hadiah , pujian , galakan atas apa jua kejayaan dan perkara-perkara positif yang anak lakukan dengan segera .
3- Elakkan bertengkar , berkonflik di hadapan anak .
4- Didik anak untuk mengasihi diri sendiri , ibu bapa mereka ,guru keluarga dan agama mereka .