Wednesday 28 September 2011

Doa Mudah Menghadapi Peperiksaan


Berdoalah setelah anda telah berusaha bersungguh-sungguh.
kemudian , barulah bertawakkal .
sentiasa mendekatkan diri dengan-NYA
sesungguhnya , keredhaan ALLAH itu penting.
Semoga kita berjayadunia akhirat hendaknya , amin.......

Kemahiran mengawal emosi :)

  *Assalammualaikum :)

Emosi , pasti setiap org mempunyai emosi .

Kita tidak perlu sedih kalau orang lain tidak mengetahui pengetahuan kita tetapi harus bersusah hati kalau kita tidak mengetahui pengetahuan orang lain .

Jatuh dan gagal yang pertama bukanlah kegagalan tetapi kegagalan ialah jatuh kerana sebab yang sama di tempat yang sama .


KAEDAH MENGAWAL DIRI :)

: Selalu berfikiran positif dan logik
:Sentiasa menenangkan fikiran
:Selalu memberikan senyuman kepada orang lain
:Selalu membaca kata-kata motivasi
:Sentiasa memaafkan orang lain
:Sentiasa berdoa
:Selalu bersenam
:Rehat yang cukup
:Elakkan daripada tekanan

Apabila kita mengamalkan kaedah-kaedah ini , sedikit sebanyak kita dapat mengawal emosi kita . Dengan itu , kita dapat menguruskan masalah sengan baik. Mengurus emosi juga melatih kita mematangkan fikiran kita .Dan akhir sekali ia mendidik kita supaya lebih bertanggungjawab dan memperbaiki kelemahan diri :)

Jadilah insan yang berguna kerana insan yang dilahirkan didunia ialah khalifah untuk membimbing dunia  . Selamat petang :)

Kem Pembelajaran Strategik (KRK) Daerah Batang Padang.

Assalamualaikum.

Pada pagi ini , pada tanggal 28.9.2011 , telah pun diadakan Kem Pembelajaran Strategikbagi tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas (KRK) Daerah Batang Padang. Matlamat kem ini ialah memperkasakan Kelas Rancangan Khas selaras dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menggalakkan pelajar meningkatkan usaha untuk mencipta kecemerlangan dan bersaing secara sihat. 

Objektifnya pula ialah :
  1. Menjadikan Sekolah Kelas Rancangan Khas sebagai pusat kecemerlangan pendidikan .
  2.  Memberi pengiktirafan kepasa pengurus sekolah KRK terbaik.
  3. Memberi pengiktirafan kepada Guru Penyelaras KRK yang menunjukkan prestasi yang terbaik
  4. Memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar KRK yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan dan sahsiah terpuji.
Kem ini telah dihadiri oleh semua pelajar tingkatan 1RK dari 3 tiga sekolah KRK di Daerah Batang Padang ini . Terdapat 4 slot yang diselitkan dalam kem ini termasuklah Kemahiran Mendengar & Mengingat oleh Pn Nohayati bt Zakaria - Kaunselor SMK Bandar Behrang 2020 bagi slot pertama . Untuk slot kedua , Kemahiran Membaca oleh Pn Nor Azian bt Mohamed Bukhari dari sekolah kami sendiri manakala bagi slot ketiga dan keempat ialah Kemahiran Membuat Nota dan Ceramah Motivasi oleh Pn Hajah Maimon bt Haji Siraj - kaunselor SMK Agama Slim River.














Teruskan mengikuti aktiviti terkini UBK SMK Slim . sekian ;)

Rahsia Cemerlang SPM - Nur Amalina


*diambil dari Youtube.

Thursday 22 September 2011

belajarlah sayang

                                                            *Assalammualaikum

Kali ini , pihak unit peperiksan Smk Slim telah mengadakan satu lagi program sebagai persediaan para pelajar tingkatan 3 untuk menghadapi PMR yang tinggal beberapa hari saja lagi . Debaran peperiksaan semakin terasa hangatnya , semakin hari semakin giat para guru berjuang untuk memantapkan  lagi usaha anak-anak didik . Malah para pelajar juga semakin giat berusaha untuk mencapai kejayaan .

Program belajarlah sayang ini tidak melibatkan semua pelajar tetapi dibahagikan dalam dua kategori iaitu MISS A dan juga BELAJARLAH SAYANG . Berbeza dengan program kepung yang hanya tertumpu kepada subjek-subjek tertentu , program Belajarlah Sayang ini terdiri daripada semua subjek yang termasuk dalam peperiksaan PMR . Program ini lebih santai kerana para pelajar diberi latihan dan dibantu oleh para guru untuk menyelesaikannya , ini sperti kelas persediaan juga lah . Santai dan tidak memenatkan :)