Tuesday 20 September 2011

Sambutan MAJLIS MERDEKARAYA ASRAMA SMK Slim 2011

                                                            Assalammualaikum ,
Sejak kebelakangan ini , banyak aktiviti yang dilakukan oleh pihak pentadbir Smk Slim . Tidak dilupakan , MAJLIS MERDEKARAYA anjuran pihak asrama . Majlis ini diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga sambutan Hari Kemerdekaan negara kita . Objektif majlis ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama sesama pelajar , mencungkil bakat murid dan juga memupuk semangat kemerdekaan di dalam jiwa para pelajar .

Sebagai penyeri majlis , kami turut mempersembahkan beberapa persembahan daripada pelajar . Di samping itu , diadakan juga pertandingan Dorm tercantik , Guru Glamor dan juga Pelajar Aspura Aspuri Glamor . Makanan yang disediakan juga tidak kurang hebatnya . Pihak Dewan Makan Asrama telah menyediakan ayam goreng berempah, sayur paprik , rendang ayam , rendang daging , lemang dan juga nisi himpit . Menu yang disediakan memang menaikkan selera kami semua.Okay lah , ini sahaja tatapan dari kami .






















No comments:

Post a Comment