UBK SMK Slim

GURU KAUNSELOR SMK SLIM  
Pn. Nor Azian bt. Mohd. Bokhari
M.Sc.(B&K), B.Ed.(B&K) UPM
Guru B&K sidang pagi
Guru Berlesen
En. Mahaindran a/l K. Balaguru
B.A.(Hons)(Psikologi&Komunikasi)UKM
Guru B&K sidang petang



FALSAFAH

 
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani , emosi , dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

 
VISI PERKHIDMATAN 
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

 
MISI PERKHIDMATAN

 
Untuk merealisasikan visi , kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ) , emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu pada murid.
  • Memupuk semangat patriotrik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
MOTO PERKHIDMATAN

 
Informasi , Kecemerlangan , Kesejahteraan.

 
BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
  • Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling :
 1.  Akademik
2.  Kerjaya  
   3.  Psikososial
4. Keluarga 
5. Peribadi  
     6.  Kes Disiplin
7.  Dadah   
   8. HIV/AIDS
  • Kaedah :
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Bimbingan Individu
  • Bimbingan Kelompok
  • Konsultasi