Saturday 10 September 2011

buku buku buku

               Assalammualaikum pembuka bicara , salam  1 Malaysia kami ucapkan .

Entry kali ini  lebih dikenali dengan preview buku . Secara amnya , terdapat pelbagai buku yang diterbitkan di negara kita setiap bulan . Bukan sahaja terhad kepada buku-buku ilmiah , malah buku bukan ilmiah juga turut diterbitkan . Semua ini memang menjana tumbesaran minda rakyat Malaysia .Buku-buku yang kami ingin paparkan di sini adalah buku-buku yang mampu memberi manfaat kepada kita terutamanya para pelajar .

*Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina


Pada tahun  2004 , seorang pelajar Melayu yakni anak Malaysia telah menggegarkan negara dengan kejayaan beliau mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM. Nama pelajar itu adalah NUR AMALINA . Menariknya, kejayaan tersebut hadir bersama usaha beliau yang unik dan agak berbeza daripada rakan-rakan yang seusia dengannya . Kaedah , formula dan tips yang digunakan sangat berkesan dan tidak meletihkan dan tidak menjemukan dalam mengulang kaji pelajaran. Di sinilah anda boleh menagmbil dan berkongsi kejayaan dengan Nur Amalina .

*Catatan Hati Nik Nur Madihah

 Sekitar tahun 2009 , negara kita telah digegarkan dengan kejayaan seorang  anak nelayan dari Kelantan . Kejayaan yang diraih beliau sangatlah besar dan sepatutnya menjadi pedoman kepada para pelajar seperti kita . Nik Nur Madihah amat konsisten dalam belajar . Di samping itu , beliau juga tidak lupa tanggungjawabnya terhadap Tuhan yang Esa .Selain melakukan ibadah wajib , beliau juga tidak lupa untuk melakukan ibadah sunat seperti solat sunat ,puasa sunat dan selalu mengaji . 

Selain Nur Amalina dan juga Nik Nur Madihah , terdapat juga pelajar cemerlang Malaysia seperti Nur Nadiah , Azali Azlan dan juga banyak lagi . Pasti kita semua teringin kan mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam bukan ? Jika mahu , kita mestilah belajar bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Tuhan . Tanpa usaha , tiadalah kejayaan .

Sekian , jadilah pelajar cemerlang duniawi dan ukhrawi . Insan yang lahir kedunia adalah khalifah di muka bumi ini :)









No comments:

Post a Comment