PETUA 1 : MEMANTAU TUGASAN SEKOLAH DAN LATIH TUBI ANAK SETIAP HARI
Pentingnya latihan terhadap penguasaan pembelajaran anak.
- Latihan adalah amat penting untuk setiap pelajar bagi menguji tahap kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topik atau bab.
- Anak perlu menjawab soalan peperiksaan sebenar tahun-tahun lepas bagi menimba pengalaman dan keupayaan diri.
- Anak juga perlu banyak membuat latihan tubi mengikut topik bagi setiap matapelajaran.
- Membuat latihan adalah satu kaedah belajar yang berkesan dan ibu bapa boleh membantu menyemak latihan anak bagi soalan objektif.
Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu?
- Memperuntukkan 10 minit untuk seorang anak setiap hari bagi memantau perkembangan akademik, menyemak buku latihan dan memberi kata-kata perangsang untuk anak.
- Membeli buku katih tubi yang pelbagai dan set soalan peperiksaan sebenarnya tahun-tahun lepas (untuk format yang sama).
- Menyemak tugasan sekolah yang diberikan oleh guru dan memastikan anak berjaya menyiapkannya. Juga menyemak tugasan yang telah dikembalikan oleh guru.
- Menggalakkan anak membuat latihan tambahan setiap hari dan ibu bapa boleh membantu menanda latihan anak-anak bagi soalan objektif. Mohon guru menyemak soalan-soalan bukan objektif.
- Beri pujian atas tugasan dan latihan yang telah disempurnakan oleh anak.
PETUA 2 : BEKERJASAMA DENGAN GURU DAN SEKOLAH.
Bekerjasama dengan guru dan sekolah.
- Guru adalah sumber terpenting dalam memastikan kejayaan yang cemerlang dalam pembelajaran peperiksaan.
- Banyak maklumat tentang pencapaian anak dan tingkah laku anak di sekolah yang tidak diketahui ibubapa tetapi diketahui oleh guru dan pihak sekolah.
- Anak-anak tidak rajin bertanya guru dan memanfaatkan guru sepenuhnya untuk menguasai sesuatu pelajaran.
- Ibu bapa dan guru adalah pihak yang sama-sama bertanggungjawab membantu kejayaan cemerlang anak dalam peperiksaan penting mereka.
Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu?
- Ibu bapa boleh berjumpa dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak untuk menngetahui berkaitan pencapaian pembelajaran anak di sekolah.
- Berjumpa dengan kaunselor secara berjadual (2-3 kali setahun) untuk meminta nasihat tentang kemajuan anak
- Mengikuti aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
- Memberi sokongan terhadap program sekolah seperti program motivasi, kelas tambahan dan sebagainya dengan memastikan anak menyertainya.
- Memberi dorongan kepada anak agar rajin bertanya guru.
PETUA 3 : MEWUJUDKAN BUDAYA ILMU DI RUMAH
Mewujudkan budaya ilmu di rumah dengan cara membaca , menonton dan melakukan perkara-perkara yang memberi ilmu sebagai amalan harian di rumah dan di tempat-tempat lain .
MEMBACA
*Menjadikan amalan membaca sebagai tabiat seisi rumah .
*Membaca adalah tuntutan asas dalam kita mencari ilmu dan mendapat seberapa banyak
maklumat .
*Membaca bahan ilmiah,maklumat dan bahan yang dapat meningkatkan motivasi dan ilmu
pengetahuan dapat mengembangkan intelek pelajar .
*Selain membaca , kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan menonton dan mendengar .
*Budaya membaca kanak-kanak bermula dari rumah .
Bagaimana Ibu Bapa boleh membantu ?
1- Ibu Bapa perlu menunjukkan contoh yeladan yang baik dengan membaca dihadapan anak dan
bersama-sama anak .
2-Membeli bahan bacaan ringan yang bermaklumat dan ilmiah , kaset-kaset motivasi , cakera
padat yang memberi pengetahuan . Menggalakkan anak-anak membeli bahan bacaan sendiri .
3- Menyediakan sudut bacaan atau mini perpustakaan di rumah serta suasana yang merangsang
budaya ilmu .
4-Bercerita , berbual dan minta pendapat anak berkaitan pelajaran , isu semasa dan berkaitan ilmu
bagi melatih anak menyintai ilmu .
PETUA 4 -MEMBENTUK KESOLEHA DIRI ANAK
*Menuntut ilmu
Belajar dari guru yang berkelayakan dan menghadiri majlis ilmu .
*Beramal
Solat 5 waktu di awal waktu (berdisiplin)
Membaca Al-Quran setiap hari dan menghafal (cahaya Ilahi )
Berzikir di waktu yang lapang (Ketenangan hati-jiwa )
Berpuasa sunat 2 hari sebulan
Berdoa dan berhajat kepada Allah
-Pelajar perlu menjadi insan yang mampu menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi agar mnjadi insan cemerlang-
Bagaimana ibu bapa boleh membantu ?
1- Memperlakukan solat berjemaah dan membaca Al-Quran bersama anak-anak dan memastikan anak-anak solat 5 waktu
2- Mendidik dan membimbing anak untuk menghayati ilmu agama dan memiliki jiwa yang kental serta daya juang yang tinggi
4- Memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran , zikir munajat dan nasyid melalui cakera-cakera padar atau permainan muzik .
PETUA 5 - KASIH SAYANG DAN MOTIVASI
*Anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa mereka bagi mewujudkan tenang di dalam diri .
*Jiwa yang harmoni dan tenang dapat menajamkan tumpuan anak semasa belajar
*Anak tidak suka ibu bapa mereka berkelahi , berkonflik di hadapan mereka dan ia berkemungkinan menganggu ketenangan emosi dan jiwa .
*Tekanan membuatkan anak-anak berasa bosan belajar ketika di rumah .
*Motivasi dari ibu bapa adalah penting bagi ketahanan jiwa anak-anak .
Bagaimana ibu bapa dapat membantu ?
1- Ibu bapa perlu TUNJUKKAN kasih sayang dan anak-anak mesti boleh memilikinya
2- Berikan hadiah , pujian , galakan atas apa jua kejayaan dan perkara-perkara positif yang anak lakukan dengan segera .
3- Elakkan bertengkar , berkonflik di hadapan anak .
4- Didik anak untuk mengasihi diri sendiri , ibu bapa mereka ,guru keluarga dan agama mereka .